Kerajaan Sarawak kini menunggu lesen daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) bagi membolehkan syarikat penerbangan butik miliknya memulakan operasi.<br /><br />Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata aspek pengoperasian syarikat penerbangan itu sudah dimuktamadkan dengan bermatlamat untuk membolehkan kemasukan pelancong secara langsung ke negeri itu.
